Apakah bilik darjah yang anda rasa sesuai sebagai tempat belajar?


 Persekitaran fizikal bilik darjah terhadap seseorang guru adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Jika seseorang guru berjaya mengurus bilik darjah dengan sempurna, maka proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) boleh ditafsirkan sebagai berjaya. Namun jika seseorang guru gagal mengawal dan mengurus bilik darjah dengan berkesan berkemungkinan besar impak negatif akan wujud yang mencacatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Maka objektif atau hasil pembelajaran gagal dicapai secara berkesan.



Pengurusan bilik darjah juga boleh didefinisikan sebagai set tingkahlaku yang kompleks yang digunakan oleh guru untuk menetapkan dan memastikan keadaan- keadaan bilik darjah dapat membawa ke pencapaian objektif pengajaran yang berkesan. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama dalam kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi.






Comments